Thursday, 10 April 2014

Perbicaraan antara orang MUSLIM dengan NON-MUSLIM





ORANG ISLAM SEMBAH KOTAK HITAM 

Kafir: Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu? 
Muslim: Oh.. itu Ka'abah atau nama lainnya Baitullah 
Kafir: Baitullah tu apa? 
Muslim: Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah. 
Kafir: Allah ada dalam tu? 
Muslim: Tak.. 
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu? 
Muslim: Yang aku sembah bukannya bangunan tu... 
Kafir: Kau sembah apa? 
Muslim: Aku sembah Allah SWT. 
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu? 
Muslim: Aku menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi aku tak sembah Kaabah. 
Kafir: Bukankah kau sujud ke arah Kaabah, maknanya kau sembah Kaabah la. 
Muslim: Kau pernah tgk perlawanan bola dalam TV? 
Kafir: Pernah.. selalu... 
Muslim: Kau tengok TV ke tengok perlawanan bola? 
Kafir: Tengok perlawanan bola la. 
Muslim: Di mana? 
Kafir: Dalam TV la... 
Muslim: Cuba buka TV tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak. 
Kafir: Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada... 
Muslim: Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.." 
Kafir: Jadi...? 
Muslim: Maknanya kau tengok TV, bukan perlawanan bola.. betul tak? 
Kafir: Tak.. Aku tengok perlawanan bola la melaui TV tu... 
Muslim: Peliknya... 
Kafir: Sebab apa pulak pelik? 
Muslim: Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam TV tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat... 
Kafir: Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar, tapi TV tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya... 
Muslim: Hmmm... jadi tak peliklah ni...? 
Kafir: Ya.. tak pelik 
Muslim: Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah... 
Kafir: Erk.. kau betul.. 

Semoga beroleh kefahaman dan manfaat. PLEASE "SHARE" *Buat semua yang punya FB. tolong block fb yang bernama "Rudy Yohanes Hutagalung" dan "Jasmine Always-Happy III (dajal)" . Wanita Iblis yang terkutuk telah menghina NABI MUHAMMAD SAW. dan mengatakan Nabi Muhammad adalah Nabi anjing ! Bagi yang punya handfone tolong sebarkan teks ini ! Kalau yang tidak menyebarkan, sama saja membiarkan orang kafir menghina Nabi kita dan Agama kita ! # wajib Disebarkan...'-'. # LindungAgamaKita # ape susah copy paste je Bace pelan-pelan : " A L L A H " ........, Aku cinta dan memerlukan Engkau, bersihkanlah hatiku dengan KUASA-Mu ........ Lindungilah Rumahku,keluargaku & orang2" tercinta, Dan juga negara islam yang sedang diserang ........

Berita Terkini !!!! Muslim wajib tahu!!



Perhatian... Ade org islam , beli Al-Quran cetakan terbaru, ada 4 surah palsu ciptaan kafir laknatullah. Surah tersebut : 1. AL-IMAN 2. AL-WASAYA 3. AL-TASAJUD 4. AL-MUSLIIN. Sebarkan informasi ini ke umat nabi Muhammad Saw. jangan takut, kerana Allah akan mnggantinya brlipat ganda, tapi jika brhenti di tngan anda, brarti anda tdak peduli dgn islam. Yang muslim, teruskan copy/share , Di chow kit at one time quran ni di beri free. Astagfirullah..

Fakta Menarik.. ^_^

[7 Fakta Menarik] 
1 - Anda tak boleh cium mata sendiri
2 - Anda tak boleh sentuh telinga dengan siku sendiri
3 - Anda tak boleh bernafas menggunakan hidung dengan mengeluarkan lidah
4 - Anda baru saja buat no.3.
5 - Bila anda buat no.3 teruk sangat rupanye mcm beruk sakit.
6 - Anda sedang tersenyum sekarang..sebab saya dah kenekan anda
7 - share untuk kurangkan stress... haha jangan marah ye... hanye berjenaka dengan anda semua..

Kenagan Masa Lalu ^_^

Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak?
Mustahil tidak pernah t'jadi.
Rugi kalau xtgk.
1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4.Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.
5. Lukis burung guna huruf 'm'.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak
tengok bila lampu dia mati.
9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. 1 jam dalam bilik air.
10. Fikir dunia kartun memang wujud.
11. Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.
12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.
13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.
14. Susun kusyen dan buat seni binaan.
15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.
16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.
17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.
18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.
19.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.
20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.
21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.
22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.
23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.
24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang.
25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.
26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi
orang miskin.
27. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.
28.anda mesti tgh senyum.sorang.bila anda baca memory kat atas ni...‪#‎copy‬ klu pernah ada buat sume ini.. saya copy sbb saya tahu anda mesti pernah buat.. hihihi.. kenangan..

Kisah Lucu... XD (LOL)

.P/S:JANGAN GELAK SAMPAI TERKENCING APABILA ANDA BACA ツ Aku baru kawin & duduk dgn bini aku bdua. Aku ni ada tabiat suke mkn telo rebus. x tau la nape, sedap agaknye. Sejak aku kawin tabiat tu kurang sket sbb bini aku msak sedap2 tp dh lame gak la aku x pekena telo rbus ni. So, citernya bulan lps balik dr keje, kete aku rosak, aku cal bini aku n ckp aku balik lmbt sbb kena menapak. Sbb lapar sgt,masa otw tu, aku singgah kedai mkn.. ada telo rebus! apelagi..... aku mkn nasi dgn telo rebus lah n order lg wat ratah. Sbelum balik aku bgkus lak, wat mkn smbil bjalan balik. kenyang yg amat, mklumla bls dendam sbb lama xmkn. Buke je pintu rmh, bini aku ckp "abg, ada 'surprise'.." smbil sengih2 dia tutup mata aku n ikat ngn kain hitam n pimpin aku ke meja makan. Aku pn duduk, dia siap pesan jgn try2 nk buka ikatan. Aku nk gi toilet sbb perut start buat hal, tp mls nk spoilkan 'surprise' bini. Aku pn tahan je le dulu.. Tetiba fon bini aku berbunyi, dia angkat n gi jauh dr meja. Aku agakla, smp ke dapor dia pegi. Peluang ni, aku pn kentut sbb dh dr td aku tahan.. bau bleh tahan sbb mkn byk telo..ok, lg skali.. aku pn angkt sbelah punggung dan lps lg satu das! PRUTT! bau mmg xhingat, aku pn x tahan.. lama plak bini aku ni, aku x sbr nk tau surprise dia. Aku rase nk kentut lg.. aku bangun, tonggeng dan PROTT!!.. fuhh lega. bau mcm bangkai.. dekat 2,3minit bru bau hilang..Pstu bini aku dtg & mtk mf sbb lmbt, dia pn jerit 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY ABG!!' Lupe lak arini bday aku, dia suh aku buka kain pnutup mata, aku buka.. mulut aku terus melopong.. ALAMAK!!! aku tgk merah padam muke bpk n mak mertua aku, adik2 ipar aku, duduk keliling meja mkn. Bos n jiran sblah rmh aku pn ade?! Aku nk cover malu, aku pn tanya la bpk mertua aku, 'dah lama ke bapak smpai?' Slamber je bpk mertua aku jwb '"dah lama, sbelum kentut pertama lagi!!" Baca yg ini bole hilang stress!!!! Scrol blk ke ats dan bc lg utk gelak lg.. hahahahaha. Sme sebarkn untk hlang stress kwn2. Hahahaha XD...

Ilmu ALLAH (Keajaiban Matematik)

KEAJAIBAN MATEMATIK
(ilmu Allah) 
" PERTAMA :
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
" KEDUA :
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 + 10 = 1111111111
" KETIGA :
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Hebatkan?
Cuba lihat simetri ini :
" KEEMPAT :
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321
Kurang hebat ?
Sekarang lihat ini :
Jika 101% dilihat dari sudut pandangan Matematik, apakah ia
sama dengan 100%, atau ia LEBIH dari 100% ?
Kita selalu mendengar orang berkata dia boleh memberi lebih
dari 100%, atau kita selalu dalam situasi dimana seseorang ingin
kita memberi 100% sepenuhnya.
Bagaimana bila ingin mencapai 101% ?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik dibawah ini dapat
membantu memberi jawapannya.
Jika
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ Disamakan sebagai 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26
Maka, kata KERJA KERAS bernilai :
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1 = 99%
H-A-R-D-W-O-R-K
8 + 1 + 18 + 4 + 23 + !5 + 18 + 11 = 99%
K-N-O-W-L-E-D-G-E
11 + 14 + 15 + 23 + 12 + 5 + 4 + 7 + 5 = 96%
A-T-T-I-T-U-D-E
1 + 20 + 20 + 9 + 20 + 21 + 4 + 5 = 100%
Sikap diri atau ATTITUDE adalah perkara utama untuk mencapai
100% dalam hidup kita.
Jika kita kerja keras sekalipun tapi tidak ada ATTITUDE yang
positif didalam diri, kita masih belum mencapai 100%.
Tapi, LOVE OF GOD
12 + 15 + 22 + 5 + 15 + 6 + 7 + 15 + 4 = 101%
atau, SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%
( ertinya, Cinta & Kasih Sayang ALLAH melampaui Segalanya...)

Tuesday, 8 April 2014

18 Sebab Jin Merasuk Manusia



Assalammualaikum..


Semua..

gambarnya ada.. tapi aku risau ada diantara rakan2 ku yang mungkin seram melihat gambarnya

tetapi tidak mengapa yang penting perkara ni rakan2 ku mesti tahu ok... harap maklum ^_^


18 sebab jin merasuk manusia

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.


Monday, 7 April 2014

Ilmu Mengenal Diri (IMD)



Mengapa Harus Mengenal Diri Sebenar Diri.
Kesimpulannya.
Yang dikatakan "Diri" ini berada di dalam Jasad Kasar kita, dan dialah penghidup jasad di luar. Ada yang memanggil Rohani kepada nya, dan ada lagi macam macam nama untuk nya, tapi bagi kami cukup dengan memanggil nya "Diri"
"Diri" ini datang nya dari Allah dan  menjadi Rahsia nya dan bukan kah kerana Diri ini maka  Jasad di ciptakan??
Kenali lah Diri Mu itu kerana dengan mengenal nya dan berpegang pada nya  dengan sendirinya kita telah mempunyai itu pendirian.yang kukuh berasaskan Diri Sebenar Diri. Berkeyakinan dan akan bertambah keimanan kita kepada Allah Yang Maha Besar, dengan zikir dan mengucap dua kalimah shahadat itu akan menjadi pakaian kita.....insyaallah.
Dengan mengenal Diri Ini dan yang akan kita bawa dalam kehidupan kita, insyaallah seumpama kata  orang orang tua, Dunia diikut, Akhirat di tuntut.

"Diri" ini mempunyai sifat sifat: 
  • Firasat nya amat tinggi.
  • Ilmu nya tak tercapai oleh pemikiran kita.
  • Perbuatan nya di luar jangkaan akal kita.
  • Ia nya bijak kerana datang dari yang Maha Bijak .
  • Kata kata nya beriman.
  • Baik nya bukan kepalang.
  • Bila marah ianya marah marahan.
  • Padanya ada ubat
  • Padanya ada ketenangan
  • Padanya ada kekuatan

Ia adalah pancaran Roh dari dalam jasad dan  menerangi seluruh dalaman jasad sehingga ia menyerupai jasad
nya sendiri, dan batas pancaran ini dengan dunia luar hanyalah lapisan kulit kita. Dan pancaran ini juga lah yang berjalan di semua saluran darah dan urat saraf kita. Umpama kabel letrik yang di baluti dengan getah dan terdapat aliran karen di kabel tersebut, tapi di batasi oleh getah yang membalut kabel tersebut.

Mengenal "Diri" ialah dengan merasai karen tersebut dan pancaran nya. dan jika kita mahu kita boleh mengarahkan ia nya berbuat sesuatu dengan kemahuan yang sungguh sungguh.
Tapi yang utama dalam ilmu ini ialah mendapatkan KEREDHAAN ALLAH dengan cara mengenalnya....bukan kah mengenal diri mengenal Allah......Dan tidak dapat dinafikan Pancaran Roh ialah "Diri" dan kedua kedua ini berasal dari sana dan ini lah Rahsia nya.......Rahsia Allah.

Kata kata Peninggalan guru ku
KATA  BERMULA


Anak anak ku sekelian

1.        Ketahuilah oleh mu, resapkan kedadamu, bahawa di bumi Tuhan engkau berpijak dan di bawah lindongan yang Maha Besar engkau berdiri, adalah engkau hidup dan di hidupkan. Dari itu sembahlah Dia, Allah yang Maha Esa dan pohonkanlah segala galanya kepadanya.

2.        Engkau menjadi orang melalui ibu bapa mu, kalau tidak ada ibu dan bapa mu tentu engkau tak akan menjadi manusia, kerana ibu bapa mu manusia. Dari itu sujudlah dan hormatilah dia sedalam dalamnya dan jangan durhaka kepadanya.

3.        Engkau dilahirkan melalui ibumu dan jadilah engkau menjadi anak kandungnya,

Dan dibidang Ilmu Pengetahuan ku, adalah engkau anak ku pula dan adalah aku gurumu, walaupun engkau memanggilkan bapa pada ku.

Sebagai seorang manusia engkau dilahirkan oleh ibumu. Kelahiran mu mendatangkan “Bahagia” pada rasa perasaan ibu bapa mu dan kaum famili mu. Dan di mana letaknya “Bahagia”  mu itu? Engkau membawa bahagia dan bahagia itu ada pada mu, tetapi dimana letaknya? Letak nya ialah pada mu, yaitu ditempatnya. Munkinkah letaknya di luar mu? Tidak munkin, kerana engkau yang membawa nya.

Bahagia ku letak nya pada ku dan bahagia mu letak nya pada mu, aku mengandung bahagia dan engkau mengadung bahagia, Untuk merasakan dan mendapatkan itu bahagia tentu engkau harus melahirkan kandungan mu itu.

Engkau tak tahu. Dalam hal ini , maka aku yang engkau anggap guru mu yang menolong melahirkan kandungan mu itu.

Dan engkau akan merasa “Bahagia” sepanjang masa, kalau engkau tahu dan mengerti dan dapat memahami “Bahagia Mu” yang telah dilahirkan itu.

Kesadaran dan pengertian mu yang mendalam dapat menilai dan menghargai Guru Mu sebagai pembimbing mu memecahkan Rahsia "Diri"  mu sendiri, menuju hidup sepanjang masa, menjelang hidup yang kekal abadi.

 Pelajari lah segala sesuatu nya dengan sesuatu yang ada pada mu dan jagalah adab mu terhadap: Ibu bapa mu sesudah itu Guru mu. Dan Istimewa: Terhadap Tuhan yang mengadakan segala yang ada, yang menjadikan segala yang  di jadikan, Yang mengetahui yang tidak di ketahui oleh apa dan siapa saja, sembahlah Dia dan carilah rahsianya yang terkandung di Badan "Diri" mu, untuk mengenalnya dengan erti yang sebenarnya.

Rabbigefir warham waanta khirurrrahimin……………………………………………………..
“Hai Tuhan ku, ampuni laUh kesalantuk han ku kasehanilah aku, engkau sebaik baik yang mengasehi”

Hidup seorang hamba ALLAH yang bernama Jamil

Jamil datang ke rumah Ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.
Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.
Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.
Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga.
Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”
Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.
“Jamil, apa yang enta nampak?”
“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil.
Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut. Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas kulitnya, Jamil dapat satu telur masak penuh. Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi.
“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.
“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan.
Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah.
Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.
Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,
” terang Ustaz Ibrahim sambil tersenyum.
Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan Ustaz Ibrahim.
“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu.
Wahai anakku,
Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu kamu, bagaimana engkau harus menghadapinya?
Adakah kamu seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan sedikit ujian dan kesusahan, kamu bertukar menjadi lembik dan hilang segala kekuatan?
Ataupun kamu seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran kamu nampak tidak berubah, akan tetapi hati kamu dah bertukar menjadi keras, tidak gembira dan tidak beransur.
Ataupun kamu ialah biji kopi, makin didih, kamu mampu mengubah keadaan situasi kamu sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan.
Jadi siapakah kamu, wahai anak kesayanganku?
Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji kamu, dan aku berharap kamu bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling kepada situasi positif.
Waktu yang paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.